Syed Ali : DAP berniat jahat, cuba runtuhkan kredibiliti Tabung Haji

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan pendoposit dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

"Saya minta DAP jangan cuba campur tangan dalam urusan yang bersangkut dengan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, jangan cuba nak jadi jaguh yang tak diundang," tegasnya.

Beliau berkata, TH masih relevan dan kekal kukuh sebagai instutusi yang menjaga kepentingan orang Melayu terutama bersabit dalam urusan menunaikan ibadat haji.

"Apabila DAP cuba mencampuri urusan TH, seolah-olah mereka ada agenda tersendiri untuk menjahanamkan  institusi berkeaan yang sekaligus akan merugikan orang Melayu," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan parti rasis itu supaya 'menjauhi' isu yang menyetuh TH yang selama ini terbukti amat berkepentingan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"saya naik ingatkan DAP, jangan cuba jadi penghasut dan menabur racun untuk merosakkan keyakinan pendoposit TH dengan mereka pelbagai kenyataan yang mengelirukan," tegasnya.

Beliau kesal kerana DAP secara tidak langsung seperti cuba mencampuri urusan TH dengan mengeluarkan kenyataan meragukan menerusi laman-laman sosial.

DAP ujarnya lagi, seolah-olah seperti cuba mempengaruhi orang Melayu supaya tidak lagi mempercayai peranan dan kredibiliti TH.

Ini berikutan laporan awal yang melaporkan TH dikatakan mengalami kerugian dan memerlukan kepada satu pengauditan secara menyeluruh bagi meyakinkan para pelabur.

DAP mendakwa kira-kira lapan juta pendoposit TH akan tergugat berikutan kerugian seperti yang didakwa.

Parti rasis itu turut mencadangkan supaya audit menyeluruh dan telus ke atas penyata kewangan TH yang mengalami kerugian RM351 juta, dijalankan segera bagi menjamin hak pendeposit institusi berkenaan.

Pemimpin DAP mahu audit yang telus wajib dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji terjamin dan tidak terjejas.

Mengulas lanjut, Syed Ali memberitahu TH setakat ini dilaporkan tiada bermasalah dan masih mendapat keyakinan daripada para pelabur dan pendopisit.

"Tidak ada apa yang berlaku sehingga menjejaskan keyakinan pendopist, TH masih relevan dan masih mampu membayar dividen kepada ahlinya," ujarnya.

Syed Ali menambah, DAP sengaja mengembar-gemburkan isu TH untuk mencemarkan reputasi institusi berkenaan yang selama ini menjadi payung kepada umat Islam.

"Ini semua niat jahat DAP, mereka mahu runtuhkan keyakinan orang Melayu terhadap TH yang membabitkan kepentingan umat Islam," tegasnya.

Beliau mendakwa, DAP akan menggunakan apa sahaja untuk menghancurkan penyatuan dan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu, DAP cuba campur tangan adalam isu TH, walhal tiada sebarang kecelaruan yang berlaku dalam institusi berkenaan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana