Pelepasan Cukai Manfaat Dua Juta Pembayar Cukai - Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi pelepasan cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan langkah ini, walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta, namun ia dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475.

"Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai," katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini Khamis.

Dalam Bajet 2016 yang diumumkan Oktober tahun lepas, kerajaan menaikkan cukai pendapatan kepada 26 peratus daripada 25 peratus bagi individu berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta manakala pembayar cukai dengan pendapatan melepasi RM1 juta, kadar cukai dinaikkan kepada 28 peratus daripada  25 peratus.

Dalam pembentangan Bajet 2016 sebelum ini, pelepasan cukai bagi anak di bawah 18 tahun dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 mulai taksiran 2016.

Pelepasan cukai bagi individu yang isteri tidak mempunyai pendapatan, juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana