PAS tetap yakin pada kemantapan Tabung Haji...

Sekalipun berdepan dengan tomahan beberapa pemimpin pembangkang,PAS tetap yakin pada kemantapan tabir urus Tabung Haji.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan Khamis kata beliau sudah temui sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang jaga Tabung Haji Rabu dan berpuashati dengan penjelasan beliau.

“PAS berpuas hati dengan penjelasan oleh Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen semalam) serta pengurusan tertinggi lembaga itu yang mengesahkan prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan,”katanya.

Menurut Takiyuddin Tabung Haji bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.

“Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat,” katanya lagi.

Kebelakangan ini ada cubaan mengkucar kacirkan Tabung Haji ekoran pembocoran surat peringatan Bank Negara Malaysia (BNM).Beberapa pemimpin pembangkang cuba beri gambaran kononnya Tabung Haji berdepan masalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana