Panassss!!!! PAN tanding di kerusi PAS dalam PRU akan datang

Parti Amanah Negara (PAN) terus memercikkan minyak ke dalam api permusuhannya dengan PAS apabila menegaskan parti berkenaan akan bertanding menentang parti yang dituduhnya sebagai konco kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Meskipun Presiden PAN, Mohamad Sabu, tidak menamakan secara spesifik parti yang disifatkannya sebagai konco itu tetapi dipercayai kenyataan tersebut merujuk kepada PAS, selari dengan percakaran terbuka secara berterusan antara kedua-dua pihak.

“Pakatan pembangkang tidak akan bertanding sesama sendiri. Kami akan bertanding menentang BN dan konconya,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

PAS dan PAN saling berbalas kenyataan dengan masing-masing bertindak mengecam antara satu sama lain sejak kumpulan pro Anwarinas yang kalah dalam pemilihan PAS diketuai Mat Sabu bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

Ditanya apakah konco dimaksudkan itu merujuk bekas partinya, Mat Sabu yang diangkat sebagai Presiden kepada parti serpihan PAS itu selepas berlaku perbalahan dalaman sekadar menjawab, sesiapa sahaja mahu menjadi konco kepada BN akan ditentang.

Bagaimanapun beliau mengakui, buat masa ini, belum ada sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara parti-parti dalam pakatan pembangkang dan keputusan akhir mengenai perkara tersebut hanya akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana