Padan Mukanya...Zuraida dihalang memasuki Sarawak

KUCHING: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menjadi pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang memasuki Sarawak apabila beliau ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

Pegawai imigresen memberitahu ahli Parlimen Ampang itu tidak dibenarkan masuk ke Sarawak selepas memeriksa statusnya dengan pejabat ketua menteri. Tiada alasan diberikan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang sedang dalam perjalanan bersama Zuraida dibenarkan masuk.

Zuraida berada di Kuching hari ini untuk bertemu 6 calon Wanita PKR yang berpotensi bagi pilihan raya Sarawak akan datang.

Tetapi pengharaman Zuraida tidak menghalang beliau daripada menemui 6 individu berkenaan – Voon Shiak Ni, Nur Hanim Moksen, Norina Utot, Elia Bit, Athina Sim dan Jamilah Baharuddin.

Mengesyaki pemimpin wanita itu mungkin dihalang daripada memasuki Sarawak, keenam-enam mereka membeli tiket penerbangan supaya dapat bertemu dengannya di ruang berlepas lapangan terbang itu.

Zuraida mengadakan pertemuan dengan mereka di dalam lapangan terbang dan kini menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya keluar dari Sarawak.

Beliau tiba di Kuching dengan menaiki penerbangan AirAsia pada jam 11.20 pagi.

Zuraida sebelum ini tidak dibenarkan masuk pada Mac 2014 ketika kempen pilihan raya kecil Balingian.

Sebulan kemudian, larangan itu ditarik balik dan dibenarkan memasuki negeri ini.

Tidak diketahui bila larangan baru ini berkuatkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana