Laporan ekonomi dunia: Yang kaya bertambah kaya...

Kombinasi kekayaan golongan terkaya yang mewakili satu peratus mengatasi 99 peratus jumlah penduduk, kata Agensi Anti Kemiskinan, Oxfam di Forum Ekonomi Dunia di Davos.
Oxfam berkata, kekayaan itu dihitung daripada senarai 62 orang bilionaire Forbes.

Kenyataan itu mengesahkan ramalan Oxfam tahun lalu bahawa golongan terkaya itu memiliki kekayaan daripada apa yang dimiliki penduduk dunia.

Ketidaksamaan telah membentuk dunia yang mana 62 orang memiliki kekayaan separuh daripada populasi dunia - angka itu jatuh daripada 388 dalam tempoh lima tahun,'' kata Oxfam yang menerbitkan laporan tersebut sempena forum bagi elit politik dan kewangan di Davos.

Laporan bertajuk "An Economy for the 1%" itu turut menyatakan golongan wanita paling terjejas akibat ketidaksamaan global.

Salah satu daripada trend utama yang menyebabkan peningkatan ketidaksamaan itu ialah kejatuhan penguasaan endapatan kepada pekerja hampir semua negara membangun dan negara maju.

Majoriti pekerja wanita menerima gaji rendah, kata Oxfam.

Meskipun pemimpin dunia meningkatkan suara untuk menangani ketidaksamaan, namun jurang antara golongan terkaya dan populasi dunia lain telah melebar secara dramatik dalam tempoh 12 bulan lalu.

Purata pendapatan 10 peratus golongan miskin tegar telah meningkat kurang daripada AS$3 setahun pada suku lalu, kenaikan pendapatan kurang daripada AS$0.01 setahun.

Pengarah Eksekutif Oxfam International, Winnie Byanima berkata, kebimbangan pemimpin dunia mengenai ketidaksamaan tidak seiring dengan tindakan - dunia sudah tempat tidak seimbang dan trend itu meningkat.

Lantaran itu, Oxfam meminta era percukaian ditamatkan, tambahan pula trend penggunaan pusat luar pesisir semakin bertambah dalam usaha untuk mengelak cukai.

"Pendekatan ini telah menafikan sumber-sumber bernilai kerajaan untuk menangani kemiskinan dan ketidaksamaan," menurut laporan itu.

Sebanyak 30 peratus daripada semua kekayaan kewangan Afrika dianggarkan berada di luar pesisir, katanya, unjuran kos kira-kira AS$14 bilion hasil cukai hilang setiap tahun.

Oxfam menambah, daripada senarai 62 orang terkaya dunia itu, 53 adalah lelaki dan bakinya wanita - menunjukkan wanita masih ketinggalan pada kedudukan teratas.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL