KJ Tersenarai Calon Akhir Anugerah MeleTOP Era 2016

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang bakal berlangsung pada 28 Februari depan.

Khairy tercalon menerusi kategori Bintang Online MeleTOP bersama empat pencalonan lain iaitu Zizan Razak, Emma Maembong, Datuk Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam.

Sementara itu, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih membuktikan dirinya relevan apabila tercalon dalam empat kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP (Terbaik Bagimu) dan Bintang Online MeleTOP.

Siti sekaligus mendominasi pencalonan anugerah tersebut pada tahun ini.

Pelakon Ayda Jebat pula mengikut rapat senarai pencalonan AME 2016 dengan tiga pencalonan termasuk Pelakon MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi Siapa Diriku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana