Jangan Mimpilah Pakatan Harapan Nak Tawan KEDAH

Desas-desus mengatakan Pakatan Harapan (PH) bakal mengambil kesempatan untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ekorang kemelut Menteri Besar yang melanda.
Walaupun PH sedang mengimpikan untuk menawan Kedah pada PRU akan datang, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyedarkan PH dari mengimpikan untuk menguasai kerajaan Kedah, dengan mengatakan PH tiada peluang untuk menawan Kedah walaupun Umno Kedah mengalami krisis pada hari ini.

"Peluang PH merampas kerajaan Kedah dari BN itu bergantung kepada kebijaksanaan pembangkang, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak ada peluang yang baik untuk pembangkang menang.
"Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu, peluang untuk menawan kembali Kedah dari BN agak cerah," kata Mahfuz.
Seperti sedia maklum, PH sememangnya suka mengambil kesempatan atas masalah yang melanda parti lain. Lihat sajalah masalah bekas rakan sekutu PH, Pas yang kini terkapai-kapai bersendirian selepas ditendang oleh PKR dan DAP dari gabungan Pakatan.

Malah, mereka bertindak lebih kejam dengan mengizinkan pemimpin serpihan Pas untuk menubuhkan sebuah parti Islam yang baharu, untuk menggantikan Pas dalam gabungan parti pembangkang.

Kini, PH cuba mengambil kesempatan dengan isu masalah Umno Kedah yang menggesa Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah yang baharu selepas banyak Umno Bahagian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dengan menyusun strategi untuk menawan Kedah.
Walaupun Umno Kedah mempunyai kemelut yang menjadi bualan semua pihak, ini tidak bermakna bahawa PH mampu menawan Kedah pada PRU akan datang. Kemelut yang sedang melanda ini bagi memastikan Umno terus kukuh di negeri itu.

Jadi, PH disarankan untuk melupakan hasrat mereka itu kerana rakyat Kedah tidak sama sekali akan menyokong PH yang diketuai parti cina racist, kerana rakyat Kedah tahu bagaimana keperitan hidup seorang rakyat berdasarkan di negeri kejiranannya iaitu Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana