Dulu Zakat, Sekarang Duit Tabung Haji Pula?Melayu Yang Sokong Saja Jadi BARUA DAP

Mungkin suratan, mungkin juga kebetulan.

Begitulah yang dialami oleh penulis beberapa hari yang lalu, apabila melalui aplikasi WhatsApp, seorang rakan telah melontarkan karangan kononnya dari pekerja Tabung Haji sendiri. Isunya, berkaitan dengan kebocoran kandungan surat dari Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji.

Tipikal pembangkang, asal ada isu yang melibatkan GLC kerajaan, maka akan berterbanglah ke serata alam kononnya “luahan pekerja syarikat”.

Penulis cuba menerangkan, sambil merujuk kepada kenyataan rasmi Tabung Haji sendiri, selain artikel yang diterjemahkan oleh JASA bersumberkan NST.

Sebagai tambahan, penulis memberitahu, bahawa serangan ke atas institusi Islam dan Melayu di negara ini mungkin bukan bersifat kebetulan, kerana jika dilihat, ia bermula dari perkara asas seperti agihan kutipan zakat kepada golongan yang tidak berhak. Rentetan daripada itu, kita melihat, dan membaca bagaimana saban hari segala yang berkaitan dengan institusi ini menjadi modal serangan pihak-pihak tertentu.

JAKIM, MARA, FELDA, YPEIM dan Tabung Haji, seharusnya sudah mula faham, dan bersedia menerima serangan dari pihak-pihak tertentu. Di mana ada institusi Islam dan Melayu yang mempunyai kekuatan dana, maka disitulah serangan akan dihalakan, sungguhpun ianya bersifat isu separuh masak.

Motifnya, penulis berpandangan mereka cuba menghilangkan keyakinan orang Islam dan Melayu ke atas institusi-institusi tersebut. Setelah institusi-institusi tersebut rebah, maka hilang sudah tempat untuk orang kita bergantung. Hilang tempat bergantung, lebih mudahlah menawan hati dan minda orang kita, atau pun menolak supaya beransur. Sukar menawan kesemuanya, cukup sekadar pecah dan perintah.

Menerusi perbincangan di dalam grup WhatsApp itu juga, penulis memberitahu rakan-rakan, jika tidak percaya, tunggulah sikit hari nanti. Pasti ada yang cuba menangguk di air keruh.

Keesokkan harinya, tiba-tiba DAP pula campurtangan dalam isu tersebut. Betul telahan penulis. Mungkin suratan, mungkin juga kebetulan.

Mungkin cuba menjadi hero, tetapi tidak mustahil mungkin juga sedang memerhati dan mahu tahu kekuatan aset-aset sebenar institusi milik orang Islam.

Adakah mereka punya keberanian untuk audit dan bentangkan kepada kita dakwaan derma berbillion ringgit yang diperolehi oleh parti mereka dari Israel?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana