Dr Mahathir Sihat, Kata Jurucakap

PETALING JAYA: Jurucakap Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bekas perdana menteri yang pulang awal dari satu majlis pada Sabtu disebabkan oleh masalah kesihatan.

Dr Mahathir yang tiba Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) 2016 pada pagi Sabtu pulang selepas beberapa jam tanpa memberikan ucapan yang dijadualkan di awal sidang itu.

Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Tiada masalah dengan beliau. Beliau sihat.

"Beliau hanya menghadiri sidang berkenaan sebagai tetamu dan pulang lebih awal," katanya.

Dr Mahathir dijadualkan berucap pada Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) 2016 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pagi Sabtu.

Keadaan Dr Mahathir menjadi perhatian selepas sebuah portal berita melaporkan bekas perdana menteri itu pulang awal kerana masalah kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana