Baik Ludah Ke Muka Sendiri....PKR Bagus Sangat Lah Tu....Johari dakwa Langkah Kajang lebih 'tertib' berbanding kemelut Kedah

Pemecatan Tan Sri Khalid ikut Prosedur lah tu...kononnya.LUCU. Itulah yang saya rasakan ketika membaca kenyataan Datuk Johari Abdul bahawa PKR menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2014 lebih tertib berbanding UMNO 

KUALA LUMPUR: Walaupun ia mencetuskan krisis yang akhirnya membenamkan Pakatan Rakyat, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa proses penukaran Menteri Besar  Selangor tahun 2014 jauh lebih ‘tertib” dengan apa yang sedang berlaku di Kedah.

Johari berkata PKR mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
 
"Namun kita menukar MB secara demokratik dengan memberi alasan mengapa beliau harus undur,” katanya.

Johari bagaimanapun mengaku penyingkiran Khalid membabitkan “proses  panjang dan dilakukan secara rahsia.

"Walaupun beliau kata tidak mahu berundur, kita cari inisiatif melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan mendapat sokongan. Kita lakukan secara teratur dan kemukakan penuh tertib kepada Sultan Selangor.

"Apabila kita tukar MB secara tidak tertib, ia secara tidak langsung menukar segala-galanya, rakyat berpecah dan berlaku masalah dalam pelbagai perkara dan ia tidak sihat," katanya di Lobi Dewan Rakyat, tengah hari tadi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur PKR apabila parti itu pada mulanya enggan mengemukakan nama tambahan kepada istana selain daripada Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

Ketika majlis angkat sumpah exco baru kerajaan negeri selepas pelantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai MB baru, baginda menyifatkan Langkah Kajang yang dicetuskan untuk menyingkir Khalid sebagai tidak beretika.

"Kemelut dan pergolakan dalam PR (Pakatan Rakyat) ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda ketika itu.

Penyingkiran Khalid dicemari  dengan pertengkaran terbuka di antara PKR, PAS dan DAP yang menjadi faktor penyumbang kepada Pakatan Rakyat berpecah belah beberapa bulan kemudian.

Johari cuba mempertahankan krisis itu apabila di tanya mengenai kemelut jawatan Menteri Besar Kedah selepas 14 daripada 15 ketua bahagian Umno negeri itu mahu Datuk Seri Mukriz Mahathir diganti.

Mereka mendakwa prestasi Mukriz sebagai MB lembab dan bimbang Kedah jauh semula kepada pembangkang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Johari, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga mendakwa krisis pertukaran menteri besar di Kedah dilihat 'buruk' kerana ia didesak secara terbuka.

"Proses penukaran itu tidak masuk akal…. kerana  (ada)  kelompok ADUN dan personaliti yang tidak senang dengan Mukhriz yang mungkin terjadi atas pertelingkahan Tun Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana