Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar....Siapa Kau Ni...Amanah Boleh pergi jauhhj

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip ‘tadafuk’ atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.

“Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.

“Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Dengan memetik surah al-Asr, Dzulkefly berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Dzulkefly juga berkata, tindakan Abdul Hadi juga membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

“Penasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Lagi pun dia bukan ada kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi. Kalau Syariah pun, lebih ramai tokoh besar yang mempunyai PhD, dan bukan dia (Abdul Hadi),” ujarnya.

Beliau berkata lagi jika kerjasama itu diteruskan, Abdul Hadi bakal berdepan dengan gelombang kedua pemberontakan dalam Pas selepas penyingkiran golongan profesional pada Muktamar Pas yang lalu.

“Nasihat saya kepada Tok Guru supaya cermat, jangan keterlanjuran, kerana ia akan mencetuskan satu gelombang kedua kekecewaan khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi yang sekian lama mengenali Umno dengan segala kezaliman dan kebobrokan,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana