Terima Kasih Kerajaan BN....Kira-kira 20 juta rakyat Malaysia bakal nikmati rebat GST kad prabayar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 juta rakyat Malaysia bakal menikmati faedah rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mengambil perhatian bahawa bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2016, pelanggan prabayar yang terdiri daripada warganegara Malaysia layak mendapat rebat GST.

"Ini jelas memberi faedah kepada pelanggan, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016 pada Oktober lepas," katanya.

Salleh berkata, beliau gembira apabila dimaklumkan syarikat-syarikat telekomunikasi sudah bersedia bagi pelaksanaan rebat GST untuk pelanggan prabayar.

Beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau perkara itu bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Menteri itu berkata suruhanjaya perlu terus bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan pada masa sama memastikan kepentingan pelanggan kekal menjadi keutamaan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment