Tentera Darat sahkan pegawainya masih belum ditemui....

SHAH ALAM - Tentera Darat (TD) mengesahkan telah menerima maklumat daripada Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan seorang pegawainya iaitu Kapten Hasman Hussin.

Hasman Hussin, seorang Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan oleh air banjir.

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan Markas Tentera Darat, pada 28 Disember 2015, jam 11.45 tengah hari, Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakili Washington DC, Saiful Annuar mendapat maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat memaklumkan pegawai tersebut disyaki hilang.

"Beliau dikhuatiri bersama-sama empat lagi rakan kolej telah pergi bercuti pada hari Sabtu, 26  Disember ‎2015 dengan kenderaan yang dilaporkan telah dihanyutkan banjir semasa mereka mengharungi laluan jalan di Pulaski Country, Missouri AS.

"Bagaimanapun keempat mayat telah ditemui, Kapten Hasman Hussin masih belum ditemui," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan keadaan Hasman belum dapat disahkan lagi.

"Pihak kolej dan keduataan Malaysia sedang mengesan keberadaan dan keadaan pegawai tersebut.

"Pihak Markas Tentera Darat dan Office of Defence Cooperation (ODC) Kedutaan AS di Kuala Lumpur sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai pegawai tersebut," jelas kenyataan itu.

Hasman sedang mengikuti kursus Engineer Captains Career Courses di Fort Leonard Wood, Missouri, Amerika Syarikat mulai 1 Oktober hingga 15 April 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana