Tak Tahan Bising Cikgu Belasah PElajarnya......

GUANGZHOU – CHINA. Gara-gara tidurnya pada waktu tengah hari di sekolah terganggu, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Selatan China dilaporkan bertindak gila memukul 16 muridnya, lapor media tempatan.

Ramai ibu bapa mula berkumpul di luar sekolah rendah itu keesokan harinya menuntut penjelasan guru tersebut alasan memukul anak-anak mereka.

Gambar yang dimuatnaik ibu bapa murid tersebut menunjukkan lebam-lebam pada bahagian belakang badan anak mereka.

Salah seorang murid yang hanya dikenali sebagai Ke mendakwa, selepas makan tengah hari mereka tidak dapat tidur lalu mereka berborak namun tiba-tiba guru tersebut masuk dan memukul mereka.

Berdasarkan laporan, guru yang bernama Yan mengajar subjek teknologi maklumat di sekolah itu untuk tahun dua mengakui memukul murid-muridnya gara-gara tidurnya terganggu dek suara bising mereka.

Ibu bapa dikatakan ada menerima mesej yang meminta maaf dari Yan yang ketika itu telah dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Namun tidak dipastikan sama ada ibu bapa murid-murid tersebut menerima permohonan maaf Yan itu.

Tidur sekejap pada waktu tengah hari menjadi budaya di negara China sebelum kembali memulakan aktiviti termasuk di sekolah dan tempat kerja.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment