Syabas Rozi Mamat Teruskan Usaha Velodrom

KUALA TERENGGANU – Pembinaan velodrom berbasikal bertaraf antarabangsa di Dungun akan diteruskan dengan beberapa kaedah yang akan diguna pakai nanti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat, velodrom itu tertangguh kerana masalah peruntukan kewangan yang berpunca daripada perubahan pelan reka bentuknya.

Beliau berkata demikian didalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini, pada peringkat awal kelulusan sebanyak RM2 juta telah diluluskan, namun perubahan pada reka bentuk menyebabkan peruntukan itu tidak mencukupi kerana ia memerlukan peruntukan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM8 juta.


“Peruntukan asal dipohon bagi membina sebuah velodrom yang hanya digunakan sebagai tempat sesi latihan kepada pelumba basikal negeri ini.

“Namun selepas dibuat justifikasi perincian oleh pihak teknikal terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain, velodrom ini akan dibina lebih berprestij bagi membolehkan kejohanan peringkat negeri mahupun kebangsaan dapat diadakan di situ,” katanya.

Rozi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN-Telemong berkata demikian pada sesi soal jawab bagi menafikan soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) bahawa pembinaan velodrom tidak akan diteruskan dan kononnya akan digantikan dengan mini stadium.

Ketika ditemui pemberita di luar sidang DUN, Rozi menjelaskan pembinaan velodrom berkenaan akan tetap diteruskan apabila mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM10 juta oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelak.

“KBS telah bersetuju menerusi Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) daripada peruntukan RM2 juta dinaikkan kepada RM10 juta. Apabila melibatkan peruntukan tambahan, kita terpaksa memohon semula kepada pihak MOF (Kementerian Kewangan) untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“Walaupun permohonan yang telah diangkat untuk dimasukkan dalam RMK-11 baru-baru ini tidak disenaraikan, pihak KBS menyatakan peruntukan ini akan diangkat semula dengan justifikasi kuat,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau sendiri akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) dan jika perlu untuk ke Kementerian Kewangan dan ia tidak menjadi masalah kerana velodrom itu merupakan keperluan semasa serta komitmen kerajaan negeri kepada atlet berbasikal.

Difahamkan cadangan projek pembinaan velodrom berkenaan dikemukakan sejak 2010.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana