Syabas Janji Dikotakan.....Sarawak Raikan Kutipan Tol Terakhir Pada 31 Disember

KUCHING: Sambutan tahun baharu 2016 yang julung kali diraikan serentak dengan berakhirnya kutipan tol Khamis malam di plaza tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dijangka mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Ose Murang menjangkakan lebih 10,000 pengunjung hadir pada majlis yang akan dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bermula pukul 8.30 malam.

Majlis akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tempatan antaranyaJamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Amir Ukays.

"Jalan menuju ke jambatan itu akan ditutup bermula pukul 6 petang esok (31 Dis) hingga keesokan harinya. Berikutan penutupan jambatan itu, tempat letak kereta disediakan di Wisma Bapa Malaysia, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sehingga ke lokasi utama sambutan," katanya.

Ose berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat akhir jawatankuasa penganjur di sini, Rabu.

Katanya 10 bas ulang-alik disediakan bagi membawa pengunjung ke Wisma Bapa Malaysia dan Puspakom serta kawasan letak kereta di sekitar lokasi utama majlis itu.

Majlis sambutan itu diadakan bersempena sambutan tahun baharu 2016 serentak dengan kiraan detik berakhirnya kutipan tol di Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin berkuat kuasa 1 Januari depan.

Selain itu, kerajaan negeri turut memansuhkan kutipan tol di Jambatan Lanang di Sibu pada Mei lalu dan kutipan tol di Jambatan ASEAN Baram pada bulan Jun lepas, menjadikan laluan di ketiga-tiga jambatan itu sebagai laluan bebas tol.-Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana