Sekat atlet Israel: Asri puji KJ, pertikai pendirian DAP

SHAH ALAM – Sekatan visa ke atas dua atlet Isreal oleh kerajaan daripada menyertai satu acara sukan di Langkawi hari ini mendapat pujian pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, sekatan itu wajar dikenakan meskipun melibatkan aktiviti sukan kerana ia juga sebahagian daripada aspek kemanusiaan.

“Saya ingin memuji pendirian YB KJ. Sukan tidak boleh berpisah dari kemanusiaan.

"DAP hanya memikirkan hak sukan Israel namun tidak begitu nyata selama ini pendirian mereka terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf), di Langkawi, hari ini.

Selain visa, Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan termasuk sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol serta larangan lagu kebangsaan Israel dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

Sebelum ini, tindakan Khairy dikecam Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kerana menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Tindakan Zhemin itu bagaimanapun dikecam pelbagai pihak yang mempersoalkan pendirian DAP dalam isu membabitkan Israel.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana