RM1juta bina gelanggang silat di luar bandar




Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM1 juta bagi membina gelanggang-gelanggang silat di luar bandar sebagai satu daripada usaha mempromosikan budaya hidup sihat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan gelanggang-gelanggang silat itu juga akan menyuburkan dan memperkembangkan lagi seni warisan bangsa di negara ini.

Sebagai permulaan, katanya, kementerian akan bekerjasama dengan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bagi tujuan tersebut.

“Saya amat berharap ada lebih banyak gelanggang silat di kampung-kampung seperti suatu masa dahulu.

“Dahulu, hampir setiap kampung mempunyai gelanggang silat dan para belia mempunyai aktiviti kecergasan selain kurang terlibat gejala sosial,” katanya sewaktu berucap pada majlis pembukaan Kejohanan Silat Kebangsaan Remaja Dunia Kali Ketiga di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana