Padan Mukanya....Ada Berani Ker....Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai Desak Nurul Izzah Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Berikutan pertemuan Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram, golongan pengundi muda Lembah Pantai mendesak ahli parlimen itu untuk meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan.

Mohd Nazri Abdul Rahman selaku Pengerusi Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai berkata, tindakan Naib Presiden PKR itu ternyata mengguris perasaan rakyat Malaysia terutamanya balu-balu pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada 2013.

"Jika berani, Nurul Izzah perlu lepaskan jawatan segera. Pengundi-pengundi Lembah Pantai sudah bersedia untuk 'menghukum' beliau.

"Dalam masa sama, kita juga minta agar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang akan bersidang dan membicarakan kes ini pada Khamis dapat mencapai kata putus mengenakan tindakan berat termasuk melucutkan jawatan Nurul Izzah sebagai ahli parlimen,"katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Nazri berkata beliau mewakili kira-kira 20 persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) Lembah Pantai akan terus mendesak agar Nurul Izzah 'turun' kerana Nurul Izzah juga gagal menjaga kebajikan warga Lembah Pantai.

Antara persatuan terlibat termasuk Persatuan Belia Cempaka; Kelab Sukan Rekreasi dan Komuniti Parlimen Lembah Pantai; Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Lembah Pantai; Kelab-kelab  Belia Malaysia Kawasan Lembah Pantai; Wirawati Perkasa Lembah Pantai; Kelab Belia Merah Jambu Bangsar; Persatuan Wanita 1Malaysia Lembah Pantai dan Future KL.

"Tidak perlu tunggu PRU akan datang. Nurul Izzah perlu berundur sekarang. Kami akan  memasang kira-kira 20 kain rentang yang tertulis desakan agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya," katanya

Sementara itu, Mohd Nazri, turut menyokong keputusan yang dibuat oleh Ahli Dun Sabah yang meluluskan usul tidak membenarkan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana