Mk Oiiii Macam Tu Sekali Ker.....Perebutan Jawatan Ahli Majlis Tempatan Di Selangor, AMANAH Bakal Singkir PAS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali nampaknya terpaksa memanjangkan kontrak Ahli Majlis Tempatan Selangor kerana wujudnya desakan dari parti politik gabungan baru pembangkang, AMANAH.

Menurut sumber, sepatutnya kontrak mereka berakhir pada hari esok namun kerajaan Selangor terpaksa panjangkan lagi selama 2 bulan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai status rancangan untuk memperuntukkan kerusi ahli majlis tempatan kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Tambah beliau, banyak perbincangan terpaksa dilakukan demi agihan kerusi yang adil kepada parti baru tersebut yang mana telah dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR.

Namun lain pula kenyataan dari Timbalan Pengerusi PKR Selangor. Zuraida Kamaruddin pula berkata keputusan untuk mengagihkan kerusi untuk AMANAH akan dibuat dalam masa satu atau dua minggu lagi.

Zuraida turut mengesahkan bahawa beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan proses pelantikan ahli majlis PKR.

Beliau mengakui segala cadangan akan dibawa kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali bagi keputusan.

Kenyataan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah semalam pula berbeza dari Khalid dan Zuraida apabila mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor masih belum memutuskan sama ada akan memperuntukkan AMANAH kerusi majlis tempatan.

Selangor mempunyai 288 ahli majlis – 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.

Pemuda AMANAH Selangor, bulan lalu menggesa supaya parti itu diberi beberapa kerusi ahli majlis tempatan pada tempoh akan datang. Ini kerana parti yang lahir dari serpihan kekecewaan bertanding jawatan di dalam PAS itu menegaskan mereka mempunyai dua kerusi DUN Di Selangor . Mereka adalah Saari Sungib yang mewakili Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin yang mewakili Morib.

AMANAH dilancarkan pada 16 September lalu dengan sebahagian besar ahli dan pemimpinnya terdiri daripada ahli-ahli PAS terutamanya yang tidak berpuas hati dengan pemilihan parti tahun ini yang menyaksikan pihak konservatif menang besar jawatan tertinggi parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana