Mesin judi kembali berleluasa... bak cendawan selepas hujan

Premis mesin perjudian dilihat telah mula muncul kembali beroperasi di seluruh negara yang sebelum ini telah dikatakan “ditutup buat sementara waktu.”
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah mulai menerima kembali banyak laporan dan aduan yang membabitkan kegiatan mesin judi ini melalui JMM negeri dan juga daripada masyarakat yang turut menyalurkan maklumat kepada JMM dan memberitahu bahawa premis mesin judi ini dibuka semula seperti “cendawan selepas hujan”.

Kegiatan ini seolah tidak dipantau dan hanya dipantau secara bermusim sahaja.

Hasil daripada aduan itu juga terdapat premis itu yang disewa telah membuat pengubahsuaian yang menelan belanja sehingga RM500 ribu untuk menarik kembali mereka ‘melabur judi ‘ ke premis baru mereka.

Ini telah menimbulkan pelbagai keresahan dan kebimbangan dari masyarakat, apatah lagi tindakan pengusaha premis ini telah berani mencabar pihak berkuasa, dan tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa.

Pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) harus kembali memantau kegiatan ini yang mengaut keuntungan jutaan ringgit khasnya dari golongan orang Melayu.

Pihak JMM telah memantau kegiatan ini di seluruh negara dan mendapati ada juga premis membuat pelaburan yang sangat tinggi ini telah mula beroperasi secara besar-besaran malah dikunjungi oleh pelajar sekolah dan kumpulan belia Melayu.

JMM juga mendapati terdapat premis yang bertopengkan lesen hiburan keluarga seperti yang dikeluarkan oleh PBT tetapi telah disalahgunakan, malah premis tersebut tidak terdapat kumpulan keluarga pun yang berkunjung ke sana, melainkan yang hadir di premis tersebut bermain mesin judi.

JMM amat khuatir jika tidak ada pemantauan dan tindakan tegas dari pihak PDRM dan PBT, masyarakat akan bertindak bersendirian dan akan menimbulkan huru-hara seperti kes-kes yang berlaku di Low Yat serta di Kotaraya Kuala Lumpur.

JMM mula memantau lokasi premis perjudian yang ada diseluruh negara berdasarkan bukti serta maklumat dari masyarakat bersama NGO lain yang turut bersama untuk menggerakkan serta pengumpulan informasi bagi membendung serta penghapusan terus premis perjudian ini.

Setiap permohonan untuk lesen hiburan keluarga akan diluluskan oleh Yang DiPetua ( PBT ) serta Ketua Polis Daerah ( OCPD), maka mereka adalah kumpulan yang sama yang akan mengambil tindakan jika terdapat aduan tentang penyalahgunaan lesen yang digunakan untuk mesin judi.

Mereka akan cuba melindungi  premis mesin judi ini kerana merekalah yang memberi kelulusan. Adalah merupakan satu perkara yang amat mustahil bahawa YDP dan OCPD ini akan menutup premis yang telah mereka sendiri luluskan.

Maka JMM mencadangkan satu jalan penyelesaian iaitu penubuhan satu agensi khas yang akan mengeluarkan lesen hiburan keluarga ini yang langsung tidak melibatkan PDRM dan PBT. Dengan cara ini pihak PDRM dan PBT tidak lagi menuding jari antara satu sama lain.

Tugasan mereka akan dimudahkan oleh agensi yang ditubuhkan ini yang mana ianya bersikap adil dan tidak menyebelahi PBT dan PDRM selain menolak konflik kepentingan PDRM dan PBT di dalam soal ini.

Jika terdapat aduan dan permasalahan, maka yang akan bertanggungjawab adalah agensi ini dan pihak PBT dan PDRM boleh menuding jari dan bertindak kepada agensi ini.

Kaedah ini juga tidak akan menimbulkan tanggapan negatif tentang integriti di dalam PDRM dan PBT.  Ini juga akan dapat membantu pihak PBT dan PDRM menangani sebarang ketirisan maklumat diatas perkara ini.

JMM akan terus konsisten di dalam soal ini dan akan menyerahkan maklumat kepada PBT, PDRM serta media hasil daripada gerakan di seluruh negara.

Tindakan tegas harus dilakukan kepada premis perjudian ini yang mendatangkan seribu kemudaratan khasnya kepada sosial orang Melayu.-30/12/2015

PENULIS merupakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana