Mana lebih hebat kerajaan DAP Pulau Pinang atau Melaka?

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party – PAP) yang ditubuhkan pada tahun 1954.

Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

DAP yang ditubuhkan pada 1966 dipelopori pula oleh Lim Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Malah, Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melawat Singapura untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan maklumat berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia.

Kerana terlalu taksub dengan Singapura, Guan Eng selalu memuji negara itu dan membandingkan kejayaan ekonomi dan pendidikan negara di sebelah Tambak Johor itu dengan Malaysia.

Tentu tidak adil membandingkan sebuah negara yang luas dengan tiga peringkat kerajaan iaitu Pusat, Negeri dan Kerajaan Tempatan dengan Singapura – sebuah kerajaan negeri sahaja.

Adalah lebih adil jika membandingkan Pulau Pinang yang sudah ditadbir kerajaan DAP dengan negeri Melaka yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin, mendengar cakap Guan Eng yang berdegar-degar, ramai berpendapat Pulau Pinang tentu lebih hebat berbanding Melaka – negeri tempat Guan Eng memulakan politik sebagai Ahli Parlimen DAP Kota Melaka.

Graf berikut membuktikan bahawa Melaka lebih hebat berbanding Pulau Pinang.

Meneliti graf ini nyata Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang belum 3 tahun menerajui negeri itu berjaya meneruskan kecemerlangan ekonomi dan kesejahteraan kepada penduduk di negeri itu.

Sebagai contoh, purata pendapatan bulanan isu rumah di Melaka sebanyak RM6,046 sedangkan di Pulau Pinang hanya RM5,993.

Bukan itu sahaja, Melaka juga mengatasi Pulau Pinang dalam bidang pelaburan.

Bermula Januari hingga September 2015, Melaka menerima RM6.8 bilion pelaburan berbanding RM5.4 bilion di Pulau Pinang.

Guan Eng juga patut malu apabila negara China kini menjadi Melaka sebagai fokus pelaburan mereka dengan cadangan pelan Laluan Sutera Maritim Abad ke 21.

Negara itu menyasarkan pelaburan dibidang maritim dan industri dengan pelaburan RM43 bilion melalui projek Melaka Gateway bagi mewujudkan Maritim Industrial Park dan pelabuhan laut dalam .

Projek gateway ini sahaja bernilai RM40 bilion di kawasan seluas 246 hekter tanah termasuk dari kawasan yang di tambak (reclamation land).

Di lancarkan pada 7 Februari tahun lalu, projek ini di jangkakan menjadi marina persendirian yang terbesar di Asia Tenggara sebaik sahaja ia siap pada tahun 2025.

Khabarnya Singapura juga iri hati dengan pemilihan Melaka oleh China sebagai tapak pelaburan besar mereka. Mungkin, Guan Eng sendiri pun kecewa kenapa China tidak memilih Pulau Pinang yang diuar-uarkan kononnya begitu hebat.

Projek ini bukan sahaja meliputi kawasan pelabuhan , malahan juga merangkumi kawasan kediaman , kebudayaan , hiburan dan elemen gaya hidup.

Sebagai Bandaraya Bersejarah, Melaka juga hebat di bidang pelancongan.

Melaka menerima pelawat domestik seramai 4.27 juta pada 2014 berbanding hanya 2.68 juta di Pulau Pinang.

Laporan The New York Times yang meletakkan Melaka di tangga 28 dari 45 destinasi di dunia yang mesti dilawati pada 2012 adalah bukti negeri bahawa Hang Tuah itu menjadi industri pelancongan utama di negara ini.

Gambaran artis Projek Melaka Gateway

Melaka juga jadi tumpuan pelancongan kesihatan utama rakyat Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Sesungguhnya orang Melaka bernasib baik Guan Eng meninggalkan negeri itu atau tidak menjadi Ketua Menteri di negeri tersebut.

Dengan melihat perbandingan di atas, tentu Setiausaha Agung DAP itu tidak berjaya mengatasi kebijaksanaan Idris dan pimpinan Melaka yang terdahulu menguruskan negeri itu dengan amat cemerlang.

Persoalannya, hebatkah Guan Eng atau DAP Pulau Pinang apabila perbandingan menunjukkan mereka tewas kepada negeri Melaka?.

Mungkin Guan Eng akan menafikan perkara ini tetapi memetik kata-kata Idris, kegemilangan Melaka akan berulang apabila China menerima Melaka sebagai ‘kawan’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana