Kerjasama UMNO, PAS Boleh Hentikan Sengketa Sesama Islam.

Persengketaan orang Melayu dan Islam sesama sendiri kerana perbezaan fahaman politik hanya boleh dihentikan penyatuan dua parti terbesar antara Umno dan Pas.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata kerjasama politik itu juga boleh menstabilkan politik negara daripada pertelagahan yang tidak berkesudahan.

“Pemimpin kita tidak fokus untuk merancang pembangunan ekonomi negara bagi mengatasi masalah rakyat.

“Kerjasama itu perlu bagi membolehkan rakyat melihat politik bukan lagi dari kaca perkauman, tetapi keagamaan yang lebih menyeluruh,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun Mohammad Agus berkata, kerjasama itu hanya akan berjaya jika mempunyai satu asas dan prinsip yang jelas serta dipersetujui bersama.

“Kerjasama ini hendaklah dilihat rakyat sebagai bukan untuk memenuhi kepentingan elit parti semata-mata.

“Ia perlulah menghasilkan produk politik yang diharapkan rakyat seperti keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi, pemimpin berintegriti dan lainnya,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, kerjasama Umno dan Pas perlu menghormati prinsip Persekutuan Malaysia.

“Hak negeri di bawah pemerintahan Pas seperti royalti minyak perlulah ada penyelesaian menang-menang,” katanya lagi. – Sinar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana