JAKIM pantau 'Ustaz Youtube' yang jejas akidah umat Islam

Dengan kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, capaian atas talian terhadap maklumat berkaitan Islam amat mudah diperolehi sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau video. Menyedari hakikat itu, JAKIM sentiasa memantau maklumat berkaitan Islam melalui saluran media sosial, laman sesawang dan blog.
Malahan JAKIM juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru (new media) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik.

Berkaitan dakwaan berkaitan isu ‘Ustaz’ Youtube (penceramah tanpa tauliah) yang membawa pemikiran tidak selari dengan aliran aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah, JAKIM telah maklum berkaitan isu ini dan sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, JAKIM akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Di samping itu, Jakim akan sentiasa memantau secara konsisten perkembangan ajaran yang disampaikan oleh para penceramah termasuklah di media sosial.

Sehubungan itu, Jakim dari semasa ke semasa bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini.-29/12/2015

PENULIS merupakan Ketua Pengarah JAKIM

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana