‘FITNAH TUN MAHATHIR BUAT SAYA ‘SWING’ KEPADA NAJIB’ – SYED ROSLI

KUALA LUMPUR – Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan persepsi serta fitnah terhadap Perdana Menteri membuatkan bekas ketua Penerangan Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berubah hati dan kembali kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Rosli yang kini merupakan penolong setiausaha Pemuda cawangan sama memberitahu, penjelasan pelbagai isu kebelakangan ini menjadikannya sedar terlalu banyak perkara tidak betul dilemparkan kepada Najib selama ini.

“Saya bertukar sokongan kerana dapati gerakan Dr Mahathir menyebar persepsi dan fitnah. Banyak penjelasan yang diterima termasuk 1MDB dan derma RM2.6 bilion sebenarnya memang masuk akal dan rasional.

“Sebagai contoh, kalau buat perbandingan, RM2.6 bilion digunakan untuk 222 Parlimen yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN).

“Jadi apabila dibahagikan satu Parlimen akan dibahagikan lebih kurang RM11.7 juta. Ia masuk akal, Najib tidak akan menggunakan duit kerajaan untuk pergerakan pilihanraya. Najib juga tidak akan menggunakan duit tokoh korporat yang pasti mahu balasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Syed Rosli merupakan salah seorang ahli UMNO yang lantang mengkritik kepimpinan Najib.

Syed Rosli juga pernah menimbulkan provokasi selepas proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan UMNO 2013 selain mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk bersumpah laknat tidak akan melakukan rasuah.

Dalam pada itu tegasnya, kepimpinan Najib juga tidak pernah melahirkan individu yang menonjol dengan kekayaan seperti pada zaman Dr Mahathir.

“Apa yang Najib buktikan adalah peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor awam dari 1.2 juta pada 2009 kepada 1.6 juta sekarang.

“Najib buat semuanya untuk rakyat dan isu penggantian perdana menteri seperti yang didesak Dr Mahathir tidak akan berakhir juga. Kalau najib berhenti, siapa pula hendak gantikannya?

“Banyak yang dikatakan Dr Mahathir akhir-akhir ini tidak betul, ia termasuk duit yang diberikan kepada ketua bahagian yang tidak mempunyai jawatan di dalam Kabinet,” ujarnya.

Syed Rosli di laman Facebooknya hari ini menaikkan status syukur kehadrat Illahi kerana antara menjadi antara individu yang Allah telah bukakan pintu hati untuk kembali kejalan yang benar.
“Malahan jiwa saya lebih tenang dibandingkan sebelum ini kerana saya telah mempercayai fitnah terhadap PM. Saya berasa amat insaf dan menyesal terhadap kenyataan saya yang mahukan PM Najib berundur setahun yang lalu.

“Dari semasa ke semasa saya ditunjukkan bukti bahawasanya PM telah di fitnah selama ini.Allah sayangkan saya dan telah sedarkan saya.Syukur Alhamdulilah.

“Akhir sekali saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT melindungi YAB PM dan keluarga dari serangan fitnah oleh mereka yang berniat jahat terhadap PM dan negara,” katanya semasa dipetik. – AstroAwani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana