Dr Siti Mariah Gagal Jawab Isu Tolak Hudud

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr Siti Mariah Mahmud dilihat gagal menjawab isu menolak hudud sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam PAS.

Malah, Siti Mariah turut mendakwa PAS tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud dan ia hanya digunakan untuk agenda politik semata-mata.

“Tapi kempen hudud ini sebelum pemilihan (PAS) sahaja, selepas pemilihan senyap tak cakap lagi pasal (hudud) itu.

“Mana usaha-usaha untuk dijelaskan kepada bukan Islam ? DAP minta enakmen yang dipinda semula di Kelantan, sampai ke sudah tak dapat,”katanya.

Beliau juga turut menceritakan pengalamannya mendengar ceramah di sebuah surau daripada seorang penasihat hudud dari Kelantan yang tidak dinamakan.

“Seorang penasihat daripada Kelantan datang kawasan saya (Parlimen Kota Raja) di satu surau, kononnya yang bercerita pasal hudud. Saya pun pergi dengar diam-diam.

“Lepas saya dengar, saya kata apa, ‘ini ceramah 20-30 tahun yang dulu, bercakap mengenai..sekiranya kita buat hudud, hukum Allah’..semuanya kita dah tahu.

“Apa yang kita dengar ialah bagaimana kita nak laksanakan. Bagaimana kita menjawab persoalan-persoalan yang diberikan oleh orang bukan Islam dan orang Islam,”katanya.

Siti Mariah juga turut mendakwa perjuangan wanita PAN di bawah pimpinannya adalah untuk menuntut hak-hak wanita Islam yang dinafikan sejak 1400 tahun dahulu.

“Wanita Amanah Negara akan ketengahkan, biarlah orang kata kita ini radikal, tetapi cukup sudah wanita Islam yang sepatutnya diberi 1400 tahun dahulu hak-hak dalam Islam, tetapi pelaksanaannya tidak menggambarkan keadilan Islam menyebabkan wanita menangis,”katanya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana