APABILA RAMAI MENJADI PAKAR PENERBANGAN SEGERA

MH132 berlepas daripada Auckland pada 24 Disember lalu dan menuju ke Kuala Lumpur.

Lapan minit penerbangan, juruterbang bertanya mengapa pusat kawalan udara dihalakan ke arah Selatan berbanding laluan penerbangan yang sudah ada padanya.

Airways, agensi yang mengendalikan pengurusan laluan udara di New Zealand memberitahu juruterbang, ia adalah laluan yang dikemukakan oleh Pusat Pengendalian Operasi (ODC) Malaysia Airlines (MAS).

Sebagaimana lazimnya, ramai yang hanya membaca tajuk di pelbagai media dan mula mempersendakan MAS. Sudahpun kita terluka dengan kejadian MH370 dan MH17, kejadian terkini ini bukanlah publisiti yang diperlukan.

Malah, melalui aplikasi sosial Whatsapp yang saya sertai turut mempersendakan MAS. Saya dan seorang Kapten yang senior dalam grup itu terpaksa memperbetulkan persepsi mereka termasuk yang gemar membaca tajuk sesuatu berita sahaja dan menjelaskan juruterbang tidak membuat perancangan laluan penerbangan mereka.

Ia bergantung kepada ODC untuk berbuat demikian (menetapkan laluan) dan juruterbang menggunakan laluan yang sudah ditetapkan.

ODC kemudian mengemukakan pelan laluan itu kepada negara berlepas, dilalui serta destinasi, dan agensi pusat kawalan udara akan menilai laluan, ketinggian penerbangan dan memindanya jika diperlukan sebelum memberi kebenaran. Salinan pelan itu kemudian akan diserahkan kepada krew penerbangan itu.

Penerbangan daripada Auckland ke Kuala Lumpur lazimnya akan menggunakan laluan barat laut, contohnya melalui Brisbane.

Bagaimanapun, berikutan angin terhasil daripada arus udara daripada pesawat di altitud tinggi atau jika terdapat jangkaan berlaku ribut petir di sesuatu laluan, akan berlaku perubahan laluan ke selatan barat daya, contohnya mengambil laluan melepasi Melbourne atau Sydney, sebelum kembali semula ke laluan barat laut kembali untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Dalam kes ini, krew pesawat ini menuju ke Melbourne sebelum diarah menuju ke Sydney dan melalui selatan bandar Sydney.

Malah, penerbangan ini mendarat di Kuala Lumpur 9 minit awal daripada dijadualkan.

Pesawat ini mempunyai bahan bakar mencukupi untuk melalui laluan ini termasuk laluan lencongan dan laluan berbeza bukanlah isu keselamatan langsung.

Bagaimanapun, saya berpendapat MAS seharusnya menyiasat mengapa agensi pusat kawalan udara Airways tidak dikemaskini oleh ODC ketika juruterbang sudahpun dimaklumkan.

Hanya kerana ia melibatkan MAS, kejadian yang BUKAN sesuatu yang pelik hingga meraih publisiti negatif ini oleh mereka yang gemar menggembar gemburkan cerita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana