Apa pendirian sebenar PKR terhadap PAS?

Apa sebenarnya pendirian PKR terhadap PAS? Adakah kehadiran PAS benar-benar diperlukan PKR?

Itu persoalan yang cuba ditonjolkan pengarang ruangan rencana akhbar Utusan Malaysia, Zulkefli Hamzah.

"Sekejap dikata kehadiran PAS sangat diperlukan tetapi waktu lain pula, parti berlambangkan bulan itu terus disisihkan," ujarnya seperti yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, hari ini.

Awal bulan ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PAS amat diperlukan bagi mejayakan misi menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Namun selang beberapa hari, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dipetik sebagai berkata PAS tiada pengaruh di Sarawak berbanding di Semenanjung.

Azizah berkata demikian dalam sidang medianya selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Zulkefli berkata Azizah mungkin membuat kesimpulan itu merujuk kepada prestasi PAS yang agak teruk pada pilihan raya sebelum ini.

Hakikatnya, PAS yang mula meletakkan calonnya untuk bertanding di negeri itu pada 1999, sehingga kini masih belum memenangi walau satu kerusi.

"PAS mengaku kini mereka aktif di 11 kawasan dan mempunyai kira-kira 3,000 aktivis yang bila-bila masa bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Sewaktu pakatan pembangkang meraih kemenangan pada pilihan raya umum 2013, PAS kalah teruk di lima kerusi yang ditandinginya," ujar Zulkefli.

Ujarnya lagi, Azizah tidak boleh mudah membuat kesimpulan sebegitu dan menyarankan agar Ketua Pembangkang itu melihat kekuatan PAS di Kelantan.

Di Kelantan, PKR sendiri tidak begitu dirai pengundi di sana dan rata-rata mereka menerimaparti itu disebabkan tahaluf siyasinya dengan PAS.

"Satu-satunya kerusiyang di menangi PKR adalah di DUN Guchil dengan majoriti nipis 492 undi. Pada pilihan raya umum ke-13, PKR bertanding di semua kawasan milik mereka iaitu Parlimen Ketereh, Machang dan Tanah Merah. Namun ketiga-tiganya tewas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana