Apa Nak Jadilah Dengan Mat Sabu Ni....

Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Mat Sabu boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam.

"Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap..ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk.

"kenyataan Lim Kit Siang kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya.

Mat Sabu berkata dia tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan Pas Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar.

"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya.

Pas Kelantan turut meminta Pas kawasan Kota Baharu memberi penjelasan segera berhubung menjemput Kit Siang dan tujuan ceramah itu diadakan.

Persoalannya cukup ke pengetahuan Kit Siang untuk beri ceramah tentang hudud?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana