Anak Terengganu.....Firdaus Samsudin bakal bertugas di University Of Southampton


Mohd Firdaus Samsudin berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam jurusan biokimia di Universiti Oxford, muncul sebagai anak Terengganu pertama ditawarkan tugas sebagai felo penyelidik kimia di University Of Southampton, United Kingdom.

Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugasnya bermula 1 Februari tahun hadapan.

Dr Mohd Firdaus, 27, yang memenangi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu, dijangka menjalankan penyelidikan menghasilkan ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria psuedomonas, yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik pasangan pesara kerajaan dan guru tadika itu, beliau  bercita-cita menjadi seorang saintis dan berazam untuk memenangi anugerah Hadiah Noble pada masa hadapan.

"Saya rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan saya berharap kejayaan saya dapat menjadi sumber inspirasi pada adik-adik, semua pelajar pelajar lepasan SPM dan universiti di Terengganu terutamanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Kali Ke-17 Di Dewan Besar, Wisma Darul Iman yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana