Amaran jangan sertai #ShutdownSungaiBesi

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga tol dan barangan, #ShutdownSungaiBesi yang akan diadakan di Tol Sungai Besi di sini, bermula jam 9 malam esok. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata tindakan itu sejajar dengan larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. "Perhimpunan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius dan mengganggu ketenteraman awam kerana banyak kenderaan akan melalui laluan terbabit menuju ke pusat bandar raya ini sempena ambang tahun baru.

"Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana bukan sahaja tidak mendapat kelulusan polis, malah menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Razimi berkata, mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000. Sebuah portal berita dalam talian baru-baru ini menyiarkan sayap pemuda Parti Amanah Negara (PAN) akan menganjurkan perhimpunan #ShutdownJalanDuta di Plaza Tol Jalan Duta esok bagi membantah kenaikan harga tol dan barangan. Bagaimanapun, penganjur menukar lokasi perhimpunan terbabit di Plaza Tol Sungai Besi sekali gus mengubah nama perhimpunan itu kepada #ShutdownSungaiBesi.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment