Alahaiiii Kenapa Bangang Sorang Ni......Bayar PTPTN jika gaji cecah RM4,000

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa meminda semula peraturan pembayaran pinjamannya jika peminjam memperolehi gaji sebelum cukai RM4,000 sebulan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kelonggaran itu perlu diberikan dengan syarat peminjam mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan oleh majikan setiap enam bulan.

"Ini bagi memastikan mereka membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.

"Peminjam yang engkar boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun skim bayaran yang lebih adil telah ditawarkan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada PTPTN membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Dalam pada itu, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga berkata Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah digesa menghentikan potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik.

"Saya telah menerima pelbagai aduan bagaimana sistem potongan cukai maksimum ini mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong.

"Ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN," ujarnya.

Sehubungan itu, Rafizi akan memfailkan satu usul dalam sidang Parlimen pada Mac depan untuk membawa kembali isu PTPTN kerana membebankan keluarga muda.

"Saya juga akan mengusahakan dengan aktivis dan tokoh-tokoh anak muda untuk menubuhkan NGO yang akan memperjuangkan nasib peminjam PTPTN dalam masa terdekat," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana