Zahid Lebih Berani Dari Muhyiddin Sanggah Kritikan Mahathir

DALAM berhadapan dengan kritikan tidak berasas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan kerajaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya lebih berani menyanggah kritikan tersebut berbanding Timbalan Presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Entah kenapa Tan Sri Muhyiddin begitu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bila berhadapan isu ini (kritikan Tun Mahathir) walhal tidak ada keperluan pun untuk berbuat begitu.

Apatah lagi bila Tun Mahathir melemparkan dakwaan yang hampir semuanya bohong dari yang betul, patutnya mudah sangat nak membalas kritikan itu tanpa menyinggung emosi Tun Mahathir – kalau betul Tan Sri Muhyiddin bersikap seperti sekarang kerana nak menjaga perasaan bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri sendiri mengambil inisiatif dengan menjawab dakwaan Tun Mahathir kepada rakyat tanpa mengaitkan nama Tun Mahathir terlalu banyak.  Tentang 1MDB, isu tersebut sedang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara, ulas lebih-lebih benda yang dalam siasatan nanti, dikatakan campur tangan pulak.

Sekalipun inisiatif itu tidak mengubah sedikit pun pendirian Tun Mahathir terhadap beliau tapi yang penting disini ialah rakyat kerana rakyat yang memilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, bukan sesiapa yang lain sekalipun individu berkenaan rasa dia bertanggungjawab sehinga Najib jadi Perdana Menteri.

Tak kenalah kalau ketika Perdana Menteri bertungkus lumus menangkis dakyah itu kerana ia melibatkan imej UMNO/BN, Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan lebih banyak ambil langkah mengelak dari membalas kritikan tersebut, sebab itu penulis kata baik lagi Zahid.

Penulis bagaimanapun tidak berhasrat melaga-lagakan Tan Sri Muhyiddin dengan sesiapa.  Penulis hanya bercakap apa yang benar dan sememangnya tidak ada rekod menunjukkan Tan Sri Muhyiddin pernah membalas kritikan tidak berasas Tun Mahathir.  Kalau terasa begitu, penulis mohon maaf.

Yang penting sekarang ialah, desakan yang mahu melihat Tan Sri Muhyiddin lebih responsif kepada kritikan tidak berasas berkenaan timbul kerana kritikan itu sedang dijadikan bahan kempen pihak pembangkang dalam pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Akhir kalam, kita tidak minta Tan Sri Muhyiddin buat ini (lebih responsif kepada kritikan Tun Mahathir) kerana Datuk Seri Najib Tun Razak tapi kerana UMNO/BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana