Zahid Harap Tun M Hadir Perhimpunan Agung Umno

PETALING JAYA: Disebalik kritikan dan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan presiden parti itu, bekas Perdana Menteri itu tetap dijemput untuk menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 10 Disember ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti menghormati Dr Mahathir sebagai bekas presiden dan pemimpin negara ini serta berharap beliau dapat menghadiri majlis itu.

"Saya pasti surat jemputan akan diedarkan dalam masa terdekat, tetapi sama ada beliau menerima jemputan itu atau tidak ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi pada masa sama masih ada jurang antara menghormatinya dan menerima pandangannya," kata Timbalan Perdana Menteri itu menerusi temubual bersama The Star menjelang PAU.

Sejak lebih setahun, hubungan antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan dingin terutama apabila beliau menuntut supaya Perdana Menteri meletak jawatan susulan isu 1MDB.

Ahmad Zahid sendiri turut menjadi mangsa Dr Mahathir dalam pergolakan politik negara pada 1990-an.

Katanya, beliau pernah melakukan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir kira-kira tiga bulan lalu, sebaik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Saya menemui Dr Mahathir di kediaman beliau. Saya hubungi beliau dua kali sebelum itu berkaitan hal lain tetapi pertemuan itu sebagai tanda hormat dan memohon nasihat dan panduan daripadanya. Beliau begitu berterus-terang dan saya hormati perbezaan pendapatnya. Rasanya beliau hargai kunjungan saya itu," katanya.

Perhimpunan tahunan kali ini adalah yang pertama buat Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, hubungannya dengan Muhyiddin adalah baik dan beliau tidak menjangka akan adanya perubahan menjelang PAU nanti.

Kali ini, Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan persidangan tiga sayap parti pada 8 Disember ini, sebalik ketua sayap masing-masing yang akan merasmikan mesyuarat mereka.

Ditanya sama ada Muhyiddin akan menggulung ucapan sebagai Timbalan Presiden, Ahmad Zahid berkata, Majlis Tertinggi akan memutuskan perkara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana