Wan Azizah 'Pujuk' Adun BN Sabah, Sarawak Tubuh Gagasan Politik Baharu...Muka Tak Tahu Maluuuu

SHAH ALAM: Dua hari selepas Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul melarang Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu, ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini 'memujuk' anggota parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak meletak jawatan bagi membentuk sebuah gagasan politik baharu.

Meletakkan alasan untuk menjuarai hasrat rakyat, Presiden PKR itu mendakwa pihaknya bersedia untuk menjalin kerjasama dengan gagasan berkenaan dan BN demi kebaikan rakyat di kedua-dua negeri itu.

"Janganlah lepaskan peluang untuk menjuarakan hasrat rakyat dengan benar dan peluang membangunkan potensi terpendam mampu menjadi kenyataan jika 47 Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak keluar BN dan tubuhkan satu gagasan baharu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 parti itu, di sini Sabtu.

Dua hari lepas, DUN Sabah meluluskan usul melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu berikutan tersebarnya gambar Nurul Izzah bertemu Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Sebanyak 47 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3), tiga ADUN berkecuali, manakala lima ADUN pembangkang daripada PKR dan DAP tidak mengundi untuk tidak bersetuju, sebaliknya bertindak keluar dewan sebelum pengundian.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata parti itu sentiasa bersedia mengadakan perbincangan untuk melakukan kerjasama dengan BN sekiranya gagasan politik baharu diwujudkan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Besar Selangor itu perbincangan itu dicadangkan merangkumi semua bidang terutamanya ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Ketika ditanya tentang agihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun depan, Azmin berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan calon melibatkan parti dalam Pakatan Harapan.

Sementara itu, wakil PKR Kelantan, Dr Mohd Hafidz Ridza ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PKR menuntut PAS menambah bilangan kerusi kepada PKR di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya kerana parti berkenaan sehingga kini berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai jentera pilihan raya tersendiri dan calon terbaik yang boleh diketengahkan.

Sebaliknya, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Romli Ishak pula membangkitkan sikap perwakilan dalam kongres tahunan parti itu kali ini yang dilihat tidak bersemangat, sekali gus menunjukkan ketidakyakinan anggota parti terhadap perjuangan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana