Tak Boleh Buat Cara ini Bukan Cara Lain Plak Untuk Burukkan Najib.....Menantu Najib Buat Laporan Polis Terhadap MP DAP

KUALA LUMPUR: Menantu kepada perdana menteri, Daniyar Kesikbayev hari ini membuat laporan polis mendakwa tulisan Anggota Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz melalui blognya 'SakMongkol AK47' mengandungi kenyataan palsu, fitnah dan merosakkan reputasinya.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 4.30 petang Jumaat oleh peguamnya Noorhajran Mohd Noor.

Sebelum ini, Daniyar menuntut permohonan maaf daripada anggota DAP itu berkaitan kandungan artikel tersebut.

Artikel tersebut bertajuk 'Faulty Reward System And Changeable Goverments' mendakwa satu projek besar tanpa melalui proses tender telah diberikan kepada Daniyar sebagai menantu perdana menteri pada 24 November lepas.

"Anak guam saya sebagai warga negara luar amat menyesali tindakan serta fitnah yang telah dibuat terhadapnya," kata Noorhajran.

"Ia juga satu perbuatan tidak sihat untuk masa depan negara di mana sesiapa sahaja dengan sikap tidak bertanggungjawab dapat memburukkan serta memfitnah seseorang dengan senangnya," katanya dalam satu kenyataan.

Noorhajran berkata anak guamnya mencabar supaya Mohd Ariff Sabri mengemukakan bukti dakwaannya serta menyatakan di mana beliau memperoleh maklumat itu.

"Mohd Ariff Sabri bukan sahaja memfitnah anak guam saya tetapi telah memfitnah perdana menteri dalam penulisan blognya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana