Sendiri Ingat Lah....“Tuduhan Terhadap Saya Sangat Dahsyat” - Nurul Izzah

Habis Perjuangan Negara yang mati tu...apa cerita plak?Kau ni tak ada sensitif ker.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata tuduhan dan fitnah yang dilempar terhadapnya kerana pertemuan dengan anak bekas Sultan Sulu, Jacel H.Kiram begitu dahsyat menyebabkan beliau mengambil keputusan mengambil tindakan undang-undang.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah tiada pilihan melainkan memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ingin saya menjelaskan bahawa saya telah membuat permohonan maaf terutamanya kepada ahli keluarga dan mereka yang terlibat dalam pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Lahad Datu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana saya dilemparkan dengan tuduhan yang sangat dahsyat,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Khamis.

Enggan mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata beliau akan memberikan keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman pada petang Jumaat.

Terdahulu pada Khamis, Nurul Izzah melalui peguamnya N. Surendran telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Nurul Izzah menyatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan telah menuduhnya sebagai ‘pengkhianat’ dan melakukan ‘jenayah’ yang serius dalam pernyataan tuntutannya.

N. Surendran berkata dakwaan terhadap Nurul Izzah dengan melabelkannya sebagai ‘pengkhianat’ hanya kerana memenuhi permintaan anak perempuan bekas Sultan Sulu itu adalah karut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana