Perwakilan PKR persoal kredibiliti parti dan Pakatan Harapan


SHAH ALAM: Perwakilan PKR hari ini menimbulkan persoalan mengenai kredibilti parti itu dan kewibawaan Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan  Kuala Lumpur, Romli Ishak berkata akar umbi harus bermuhasabah mengenai perjuangan parti dan  PH yang menrangkumi  partii itu, DAP dan Parti Amanah Negara.

"Apa persepsi rakyat terhadap kita (PKR) hari ini? Apakah rakyat dibawah benar-benar yakin bahawa kita PKR dan Pakatan Harapan dan mungkin selepas ini Pakatah Harapan Rakyat mampu untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), rasa-rasa ahli semua pernah tanya tak? Ini persoalan penting asas yang perlu ada dalam diri kita", soal Romli.

Beliau berkata kesangsian rakyat terhadap parti dan PH umumnya akan terus membara jika ahli dan pemimpin pembangkang tidak kembali kepada asas perjuangan masing-masing.

"Kalau kita tanya diri kita sendiri apakah kita sudah layak untuk ganti Umno-BN? Masuk parti sebab ikut orang. Ini yang kadang-kadang kita kena muhasabah. Persepsi rakyat terhadap PKR dan kita harus lebih bertanggungjawab untuk membawa obor reformasi sebab itu saya katakan kita kena faham betul-betul erti dan makna reformasi?', katanya.

"Namun demikian apa yang lebih penting adalah samada orang lama atau baru, adalah penting penghayatan erti reformasi dan perjuangan parti. Kalau itu kita tidak hayati dalam perjuangan kita, makna tidak ada ertinya kita ada dalam perjuangan ini", tambah beliau.

Dalam pada itu, perwakilan Sarawak Willie Mongin turut mengingatkan PKR supaya segera menyelesaikan masalah dalaman dan perbalahan sesama pemimpin pembangkang termasuk PKR.

"Dengan itu kita tidak perlu bercakaran sesama sendiri. Usah kita bincang perjuangan di luar parti kalau parti sendiri hancur, rapuh. Rakyat tidak buat, boleh nilai sendiri.

Rakyat katanya kian muak dengan pergeseran politik yang tiada penghujungnya sememangnya akan menimbulkan penolakan pengundi terhadap pembangkang.

"Pengundi akan lari kerana mereka sudah muak dengan percaturan politik dalaman kita", katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana