Padan Mukanya....Sendiri Mahu Ingatlah....'Tak ada sebab haramkan kami masuk Sabah'

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berasa kesal dengan keputusan Dun Sabah yang mengharamkan beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.

Beliau menegaskan halangan itu sebenarnya tidak berasas kerana majlis itu merupakan anjuran pelbagai pihak dan bukannya Jacel Kiram.

"Ia bukan sahaja dianjurkan Institut Demokrasi di Asia bahkan ditaja oleh pejabat Timbalan Presiden Filipina, dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada," katanya di luar pekarangan ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau mengulas usul Datuk Mohd Suhaili Said (BN-Tungku) yang mencadangkan agar Nurul Izzah dilarang daripada memasuki Sabah berikutan tindakannya menemui anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Suhaili berkata, perbuatan Nurul Izzah itu amat tidak wajar kerana rakyat negara ini, khususnya di Sabah, begitu menderita dan marah dengan perbuatan kumpulan bersenjata Sulu menceroboh Tanduo, Lahad Datu, pada 2013.  

Nurul Izzah juga menegaskan, tiada apa yang perlu disembunyikannya di sebalik pertemuan kontroversi itu dan beliau sedia memberikan penjelasan kepada pihak polis.

"Hari ini saya menawarkan dan menyerah diri untuk menjawab persoalan termasuk tiada pembuktian di sebaliknya.

"Tiada sebab saya dan YB Tian Chua perlu diharamkan (ke Sabah)," ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah mempertahankan bahawa gambar itu telah dimuat naik Jacel sendiri dalam akaun Facebooknya.

"Saya bukan pengkhianat negara, saya sayangkan Malaysia dan sekali lagi saya akan pertahankan kedaulatan Sabah," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana