Kongres PKR: Wan Azizah gambarkan beliau dan Anwar sebagai patriot untuk selamatkan Malaysia

SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggambarkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang patriot Islam dan menjadikan beliau teras ucapan ketika merasmIkan kongres nasional parti itu.

Wan Azizah juga menyifatkan beliau dan suaminya yang kini menjalani hukuman penjara selepas disabit kesalahan sodomi sebagai penyambung “perjuangan untuk membina negara berdaulat”.

“Proses membina negara merdeka berdaulat, yang bermula beratus tahun dahulu, diteruskan oleh Anwar dan semua patriot-patriot dalam parti kita, di bawah kepimpinan yang kini diamanahkan kepada saya bersama,” kata Wan Azizah.

Walaupun merah kejayaan pada dua plihan raya yang lalu, PKR dlanda plebagai kemelut akibat perbalahan dalaman, khususnya di Selangor yang menjadi kubu kuat parti itu.

Pemilihan parti  itu dicemari dengan tuduhan penipuan, cantas-mencantas calon dan tuduhan Anwar serta Wan Azizah sendiri cuba menetapkan calon pilihan mereka untuk memenangi jawatan.

Wan Azizah menjadi presiden parti itu sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 namun kuasa sebenar dalam parti itu dipegang oleh Anwar selaku Ketua Umum parti.

Bagaimanapun timbalan presiden  Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor turut mempunyai pengaruh besar dalam imbangan kuasa parti itu.

Dalam ucapannya Wan Azizah sekali lagi mendakwa Anwar dinafikan rawatan perubatan yang diperlukan meskipun Kementerian Kesihatan dan pihak penjara menolak tuduhan itu.

"Kita menggesa pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk memberi kelonggaran kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan rawatan,” kata Wan Azizah.

Dalam ucapan itu beliau juga membentangkan pendekatan yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta rombakan dalam cara pentadbiran.

Namun Wan Azizah tidak menyatakan sama ada perancangan PKR itu didokong oleh sekutunya DAP dan Amanah mahupun PAS.

Dalam ucapanya itu Wan Azizah tidak memperinci pergeseran di antara parti-parti pembangkang, khususnya perbalahan di antara PKR dan DAP yang di lihat semakin serius.

Selain mengkritik PKR kerana terus "bersubahat" dengan PAS,  DAP menuduh lima ADUN PKR di Pulau Pinang sebagai pengkhianat kerana tidak membantah sebuah usul Barisan Nasional di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP tidak hadir pada perasmikan kongres PKR hari ini.  PAS diwakili oleh Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana