Kempen sejuta tandatangan bebas Anwar gagal…baru dapat 37 ribu

Kempen sejuta tandatangan bebas Anwar diisytiharkan gagal.Pengumuman dibuat Pengerusi Tetap Kongres Nasional Tahunan ke-11, Ismail Yusof yang memberitahu sehingga kini hanya 37 ribu tandatangan sahaja yang mampu dikumpul sejak dilancarkan sebulan selepas Anwar dipenjarakan pada 10 Februari 2015.
Ini kerana sasaran sejuta tandatangan yang sepatutnya dicapai sebelum 16 September lalu sekadar berupaya mengumpul 3.7 peratus daripada jumlah yang disasarkan.

“Saya dengar sorak ‘Bebas Anwar’ lebih, sokong memang kuat, tapi tandatangan baru 37 ribu sahaja,” katanya ringkas dalam selingan ketika ucapan perwakilan setiap negeri di Shah Alam, Sabtu.

Yang jelas, pengumuman itu menghampakan harapan keluarga bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada Feb. tahun ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar kerana bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Makluman Ismail juga menjelaskan bahawa rakyat Malaysia amnya kini tidak lagi peduli dengan rayuan dan perjuangan PKR malah menjelaskan bahawa nama Anwar Ibrahim semakin dipandang sepi dan kian berkubur dalam perkembangan politik tanah air.

Hakikatnya, hanya 37 ribu daripada 30 juta rakyat Malaysia sahaja yang perihatin dengan nasib Anwar Ibrahim sekeluarga yang selama ini menjadikan airmata sebagai senjata meraih simpati.

Hakikatnya, 52 peratus sokongan rakyat yang diwar-warkan pembangkang selama ini hanya sekadar angka psikologi yang tidak memberikan sebarang makna.

Hakikatnya, itulah lumrah alam yang menunjukkan bahawa hidup ini ibarat roda, suatu ketika kita di atas dan pada waktu yang lain, siapalah kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana