Kemelut Pakatan Harapan Dengan PAS Akan Berlarutan Hingga PRU14

KUALA LUMPUR - Seorang penganalisis politik berkata kemelut antara PAS dan pakatan harapan – pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) iaitu kumpulan serpihan PAS, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas bahawa perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga pilihan raya umum ke-14,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling.

“Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, PAN dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing,” katanya

Bercakap kepada Bernama, Faisol berpendapat bahawa tidak ada perpaduan untuk mereka membuat keputusan yang menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan antara pakatan harapan dan PAS.

Ketika ditanya sama ada pertandingan tiga penjuru pasti akan berlaku, Faisol meramalkan tentang kemungkinan itu.

Kemungkinan ini diramalkan meskipun Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku kerana pakatan harapan yang baru ditubuhkan akan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

“Kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik tidak kuat dan DAP akan bertanding di semua kerusi PAS, oleh itu PAS perlu mempertahankan kerusinya dan itu bukan mudah bagi PAS yang kini bertanding secara bersendirian,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali secara terbuka menolak desakan daripada DAP untuk menyingkirkan PAS daripada kerajaan negeri.

Justeru, Faisol ketika ditanya mengenai perkara itu menegaskan bahawa kedudukan PAS sudahpun lemah dan kelangsungan hidupnya boleh dipersoalkan pada masa ini.

Pada 17 Jun lepas, Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengannya dan DAP mengumumkan bahawa pakatan berusia tujuh tahun itu telah berakhir.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana