Izzah fail saman pada Khalid Abu Bakar dan Ismail Sabri...Dah Terang Terangan Tapi Banyak Duit Tak Hal Lah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia kerana Khalid dan Ismail Sabri mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.

Khalid sebelum ini berkata Nurul Izzah boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana bertemu Jacel boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara serta dianggap musuh negara yang menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban.

Sementara Ismail pula dilapor menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu sebagai "penderhakaan kepada negara", tidak wajar malah mengguris perasaan rakyat Sabah dan waris anggota keselamatan yang terkorban.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, Naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Mnakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana