Isu Izzah kecil - Wan Azizah....semuanya eok belaka lah..kalaulah BN?

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan anaknya Nurul Izzah Anwar mangsa serangan peribadi akibat isu pertemuannya dengan Jacel Kiram.

Jacel adalah anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu.

Awal bulan ini Nurul Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel.

"Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu," kata Wan Azizah.

"Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di sini, hari ini.

Tambahnya, Nurul Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

"Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa," ujarnya.

Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang daripada memasuki negeri itu.

Keputusan itu dibuat selepas 47 ADUN Sabah menyokong usul itu sementara tiga lagi ADUN berkecuali.

Nurul Izzah dan Tian Chua adalah Naib Presiden PKR melakukan lawatan ke Manila untuk menggembeling sokongan bagi menekan Putrajaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

Anwar dihukum lima tahun penjara kerana sodomi.

Tindakan Nurul Izzah berjumpa Jacel Kiram kini dalam siasatan polis.

Pecerobohan Lahad Datu membawa kepada pertumpahan darah yang mengorbankan sembilan prajurit, sebilangan orang awam dan hampir 70 pengganas yang menyokong keluarga Kiram.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana