Iskandar Samad ulas khabar angin bertanding Parlimen Kota Raja

Khabar angin yang bertiup bahawa PAS menyediakan calon-calon terbaiknya untuk merampas kerusi miliknya dan kini bertukar tangan kepada Parti Amanah Nasional.
Antaranya Parlimen Kota Raja, Sepang dan Shah Alam di Selangor.

Ada yang sebut Pesuruhanjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Spekulasi timbul apabila Iskandar acap kali turun ke kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Parlimen Kora Raja dimenangi oleh bekas Naib Ketua Muslimah PAS Dr Mariah Mahmud yang kini menyertai Parti Amanah Nasional.

Bagaimanapun Iskandar pada Khamis menafikan khabar angin tersebut dalam satu kenyataan media.

Menurutnya PAS masih belum membuat keputusan mengenai senarai calon.

“Saya ingin menegaskan bahawa PAS Selangor belum lagi membuat sebarang keputusan tentang calon-calon pilihan raya umum yang akan datang.

“Begitu juga keputusan belum dibuat tentang kerusi-kerusi tambahan, sama ada Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, yang mungkin ditandingi.

“Setakat ini PAS Selangor hanya membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum 2013,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut kerana perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan.

“Sekarang adalah masa untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha membela nasib rakyat dan membangunkan negeri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana