Ada masalah antara DAP dan PKR... jelas Kit Siang

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengakui wujudnya masalah parti itu dengan PKR dalam beberapa perkara.
Namun katanya, masalah itu adalah biasa sahaja dan tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Harapan serta percaya gabungan itu mampu kekal sehingga pilihan raya umum ke-14.

“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya di Alor Setar yang dipetik oleh portal Sinar Harian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak alasan PKR berhubung tindakan lima ADUN parti itu yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini sebagai "mengikut suara hati".

Malah, Lim menyifatkan membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.

Pada program melawat Pasar Koboi di Alor Setar, yang bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, Sinar Harian melaporkan tiada wakil PKR yang hadir.

Lim hanya diiringi pemimpin DAP, termasuk Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Ismail Salleh.

“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.

“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya.

Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.

“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.

“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.

Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit masalah.

“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana