Wan Azizah, Keretapi, Tol Dan Kebodohan Melampau

Sesungguhnya adalah satu penipuan terbesar yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak apabila menyembunyikan fakta bahawa rel keretapi untuk Lebuhraya PAN Borneo sedang dibina, dan landasan itu bakal muncul menjadi landasan pertama di dunia yang mengenakan tol terhadap penyedia perkhidmatan pengangkutan terbabit.

Malangnya, illusi ini hanya wujud dalam minda ketua pembangkang Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Secara umum, penulis rasa semua tahu bahawa Pan Borneo adalah satu projek pembinaan lebuhraya tanpa tol. Mengikut Wikipedia,:

Istilah lebuh raya merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan antara beberapa lokasi penting, seperti bandar raya. Terma lebuh raya boleh jadi berbeza mengikut negara; di negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, istilah lebuh raya merujuk kepada lebuh raya ekspres (expressway), lebuh raya kereta (motorway), lebuh raya bebas (freeway) atau apa jua istilah yang membawa maksud jalan raya kembar berkelajuan tinggi dengan capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Sementara itu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengklasifikasikan istilah lebuh raya sebagai;

jalanraya yang lebar, yang biasanya menghubungkan sebuah bandar atau bandar raya dengan sebuah bandar atau bandar raya yang lain.

Itu fakta berkenaan lebuhraya. Tidak tahu pula penulis jika keretapi juga tergolong di dalam golongan kenderaan yang menggunakan lebuhraya.

Keretapi dikenakan tol? Maka, secara lazimnya, ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional, bolehlah kita kategorikan sebagai nyanyuk, atau hilang akal.

Jika pun mengaku dirinya masih lagi normal, tentu sahaja ia menceritakan sifat dan hakikat pembangkang di Malaysia, yang tidak mahu mengambil tahu apa jua dasar dan pembangunan yang sedang kerajaan lakukan. Di dalam minda mereka, bangkang dan terus bangkang dari longkang.

Tatkala mendengar petikan kata-kata beliau di TV, suasana kedai makan yang penulis singgah meriah dengan gelak ketawa para pelanggan, mengalahkan final maharaja lawak mega.

Beginikah level seorang ketua pembangkang? Maka, tidak salah seperti yang pernah penulis nyatakan sebelum ini, bahawa rakyat Malaysia di dalam kerugian yang amat kerana mempunyai pembangkang yang bersifat destruktif, dan bukannya konstruktif.

Jika begitulah standard ketua pembangkang, maka anda nilaikan sendiri standard “anak buahnya” pula. Memang standard lowyat!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana