Tahniah Admin Ucapkan.....Nasharudin CEO Baharu Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah.

Nasharuddin, yang merupakan Pengerusi Yayasan Nassar adalah graduan Perundangan Islam dari Universiti Jordan dan mempunyai Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang di Malaysia.

"Dengan perlantikan Nasharuddin, GMM yakin untuk meneruskan usahanya bagi memperkukuhkan amalan dan hubungan kesederhanaan dalam konteks di dalam dan luar negara.

"Yayasan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan berkaitan dalam merealisasikan fungsi Deklarasi Langkawi tentang Gerakan Kesederhanaan Global," kata Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan pada Rabu.

Saifuddin meletakkan jawatannya dalam GMFM selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 Oktober lalu.

Nasharuddin merupakan Ahli Parlimen Yan dari 1999 sehingga 2004 dan Ahli Parlimen Bachok dari 2006 sehingga 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana