Pakatan Harapan anggap PAS cakap tak serupa bikin

Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan melakukan protes secara tidak sopan seperti menayangkan plakad di Dewan Rakyat, disindir pemimpin- pemimpin Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.

Dalam erti kata lain, cakap tidak serupa bikin.

Beliau berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih berada dalam Pakatan Rakyat, turut menyokong protes plakad anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.

“Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian,” katanya.

Loke yang mempertahankan tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang menayang plakad ‘Mana RM2.6 bilion’ di Dewan Rakyat, Jumaat lalu menyifatkan tindakan itu sebagai satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej.
ANTHONY DAP

“Ini adalah cara paling kreatif, bukan tidak beradab,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Amanah Shah Alam Khalid Samad berikrar akan meneruskan protes seumpama itu kerana perbuatan menayangkan plakad sudah cukup beradab.

“Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

“Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Loke dan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Abdullah Sani dan Ahli Parlimen PKR Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar di lobi Parlimen, Selasa.

Kenyataan mereka beberapa jam selepas Hadi berkata, tindakan parti pembangkang yang memegang plakad selepas Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.

Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.

“Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

“Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan,” katanya.

BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana